Frasa Nama
Perkataan-perkataan mahasiswa, kambing, perkakasan, bas dan bangunan dalam frasa-frasa di atas ialah kata-kata nama yang menjadi unsur inti binaan setiap frasa namanya.
PENGGOLONGAN KATA NAMA
Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu (i)kata nama khas, (ii) kata nama am dan (iii) kata ganti nama.
dalam bahagian yang berikut ini akan dihuraikan secara terperinci golongan-golongan kata nama yang tersebut di atas.
KATA NAMA KHAS
kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup(manusia) dan kata nama khas hidup(bukan manusia). Pembahagian kata nama khas demikian boleh ditunjukkan melalui rajah yang berikut.
Kata nama khas hidup (manusia)
Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada manusia, contohnya:
Fatimah
Muthusamy
Lim Ah Ming
Kata nama khas hidup manusia di atas boleh didahului oleh nama panggilan atau gelaran. Misalnya:
Prof. Ahmad
Senator Fatimah
Doktor Rajan
Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas. Misalnya:
si mati si berhutang
Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yuang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya, contohnya;
Belang Hevea Brasilia (pokok getah)
Kancil Vanda Diana (orkid)
Tompok Nymphaea stellata (teratai)
Kata nama khas hidup (bukan manusia) boleh menerima kata panggilan atau gelaran. Misalnya:
Sang Lamri Sang Kancil
Kata nama khas tak hidup
Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan seumpamanya. Contohnya:
Melayu Seri Perdana
Toyota Piala Malaysia
Universiti Sains Malaysia Tan Sri
The King Casino Company - Ventureberg
ReplyDeleteIt was born in 1934. jancasino The Company offers ventureberg.com/ luxury hotels, https://septcasino.com/review/merit-casino/ If you don't have a poker room in your house, then you'll wooricasinos.info find a poker dental implants room in the