Wednesday, 30 November 2011

KATA NAMA AM


Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:

    benda: alam,dunia,cakerawala,pohon,orang
    perkara: iklim,cahaya,roh,udara,hisapan
    konsep: kedamaian,perpindahan,keadilan


Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, seperti yang berikut ini:


Berikut dibincangkan secara terperinci golongan kata nama am tersebut:
Kata nama am hidup manusia

Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti yang berikut:

guru                       murid
bayi                       ibu
penoreh                 jutawan

Kata nama am hidup bukan manusia
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya:

     gajah                 hantu
     burung               syaitan
      pokok                 bidadari

Kata nama am tak hidup institusi
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata nama institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian. Contohnya:



Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian tidak dapat didahului oleh sendi nama kepada dan daripada, tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari. Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya:


Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya adalah seperti yang berikut:

        roh                         ketibaan

        hawa                       kemunculan
        iklim                        ajaran
        kecantikan               ganjaran
        keadilan                   kehendak




14 comments: